Welcome to my blog :)

rss

Saturday, September 11, 2010

Layakkah Meraikannya??

Gema takbir sejurus azan maghrib berkumandang dihening senja 30 ramadhan 1431H menandakan berlalunya sudah sebuah bulan penuh keberkatan,meninggalkan semua tetamu NYA ditahun ini tanpa ada jaminan bertemu kembali pada tahun hadapan..Genap sudah tempoh sebulan ditarbiyah jasad kita dengan makanan ruhani yang akan menjadi bekalan buat tempoh 11 bulan yang akan datang..

Disebalik kegembiraan menantikan gema takbir dipagi syawal, terdetik dihati ini betapa daif dan hinanya diri ini bila mengenangkan kembali tempoh sebulan yang telah dilalui..Banyak persoalan yang jawapannya akan kembali berpusar-pusar kearah kejahilan diri sendiri dalam menguruskan ibadah dan kehidupan tiap hari yang dilalui sepanjang ramadhan yang lalu..

Terasa terlalu jahil dan lemah diri ini bila mengenang dan menghisab semula amalan-amalan yang telah dibuat..Terdetik jua dihati adakah ada keampunan dosa-dosa lalu setelah berlalunya ramadhan ini bila memikirkan semula setiap detik yang dibiarkan sepanjang tempoh ramadhan bertamu sebelum ini..

Walaupun tanpa 'makhluk ciptaan MU' yang akan selamanya menyesatkan manusia dibulan mulia itu, diri ini sebenarya jauh tersasar dan GAGAL!! Gagal memandu nafsu yang ada didalam jasad ini selari dengan syariat petunjukMU..Gagal meletakkan akal lebih tinggi daripada nafsu tika diuji..Dalam 'bersendirian' pun akal ini gagal mengawal nafsu, apatah lagi selepas berakhirnya bulan mulia MU ini..





Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaMU..Moga ada pengajaran yang mampu ku kutip natijahnya dek ujian yang pernah Engkau anugerahkan kepada ku..Moga masih ada keampunan buat diri ini ya ALLAH..Moga dihari kemenangan ini ku harap mampu hayatinya lebih mendalam dan bukanlah hanya sekadar berhari raya walaupun diri ini sebenarnya TIDAK layak meraikan hari kemenangan kurniaan MU ini..Moga Ramadhan yang akan datang masih ada lagi buat kita..Salam Aidilfitri buat semua..Diri ini memOhon ribuan kemaafan atas kesalahan & khilaf sepanjang keberadaan kita bersama..Moga ukhuwah terjalin kekal selamanya..

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Terakhir diBumi KTSN..

Setinggi kesyukuran ku panjat ke hadrat Yang Maha Kuasa kerana masih memanjangkan lagi usia jasad ini untuk menjejakkan kaki dibulan mulia ramadhan sekali lagi pada tahun ini..walaupun zahirnya riak wajah tak terlihat rasa syukur itu,namun disudut hati begitu terasa hembusan angin ramadhan yang dinanti selama beberapa minggu kebelakangan ini..walaupun terasa begitu banyak dosa semalam yang belum terampun, namun Engkau masih lagi mengizinkan jasad ini menjadi sebahagian daripada tetamu MU diawal jendela ramadhan kali ini..namun apa yang pasti, tika saat ini tiada lagi jaminan buatku untuk ku sampai ke penghujung bulan tarbiyah MU ini..andai hanya pertengahan jalan sahaja takdir buatku kali ini, ku harap agar aku mampu memanfaatkan ruang dan peluang tersedia ini dalam mencari magfirah MU atas khilaf dan dosa lalu yang belum lagi terampun oleh MU..

Terlalu indah aturan MU dalam hidup ini..perancangan MU terlalu berhikmah walaupun pada zahir akal fikiran yang merancang cuba menafikannya..ternyata benarlah apa yang telah tercatat dalam kitab suci MU akan setiap aturan perjalanan hidup ini, segala hikmah dan natijah hanya ENGKAU sahaja layak menetukannya..setinggi syukur ku panjatkan lagi kepada MU walaupun terkadang jasad ini selalu kufur akan segala nikmat MU tatkala diuji indahnya hiasan duniawi..moga-moga aku menjadi antara hamba MU yang benar-benar bersyukur hasil tarbiyyah MU dibulan ini pada masa akan datang..INSYAALLAH..





Tanggal 1 ramadhan 1431H..permulaan yang agak menguji fikiran dan amalan..hari pertama pembentangan proposal tesis penyelidikan tahun akhir sedikit mengeruhkan kejernihan ramadhan yang dinanti selama sebulan yang lalu..namun begitu, itu bukanlah halangan untuk menjalankan ibadah kepada MU dibulan mulia ini,bahkan ia adalah jalan tarbiyah terbaik dari MU agar diri ini menjadi lebih terdidik nafsu, amalan dan juga kekuatan rohani..ALHAMDULILLAH, aturanMU tak mampu dinafikan akal yang merancang..perjalanan pembentangan proposal dapat dilaksanakan dengan baik..bukan mencari kesempurnaan,cuma diri ini mengharapkan mampu melaksanakan tugasan dengan baik..berkat bulan MU ini terlalu banyak membantu Ku ya ALLAH..syukur ku panjatkan lagi kepada MU..

Sahabat-sahabat seperjuangan (lelaki) hampir keseluruhannya berjaya dan selesai dengan misi masing-masing dihari pertama pembentangan..moga hari esok, ALLAH mempermudahkan urusan sahabat-sahabat lain yang masih lagi gelisah menunggu giliran pembentangan..insyaALLAH..(^_^)

Kepada sahabat seperjuangan,selamat menyambut kedatangan ramadhan 1431H..moga sama-sama dapat kita manfaatkan segenap peluang yang terbentang dihadapan mata ini untuk mencari redha NYA..moga-moga kita mendapat darjat TAQWA dipenghujung bulan tarbiyah ini..insyaALLAH..apa yang baik itu datang daripada ALLAH, setiap kelemahan itu datang dari kekurangan dan kejahilan diri sendiri..mohon maaf atas khilaf dan silap sepanjang kita bersahabat..sama-sama kita hargai saat terakhir berada bersama-sama di bumi KTSN ini sebaiknya..ramadhan terakhir kita bersama-sama setelah bersama hampir 4 tahun disini..hargainya semampu mungkin supaya kelak ia dapat membawa memori dan erti indah buat kita..wallahua'lam..

Saturday, May 1, 2010

Selamat Ber'latihan Industri'..

Menanti detik-detik terakhir sebelum menyibukkan diri dengan latihan industri (LI)..Terasa pulak ketakutan dan kegelisahan bertandang tanpa diundang tiap kali terfikirkan hari yang bakal ditempuhi nanti..(orang lain yang rasa,diri sendiri mantain cool je..entah kenapa..wallahua'lam..)Xpelah, LI je pun kan??..Sebahagian daripada proses untuk kita belajar,jadi anggaplah kita sebagai budak baru nak bertatih..Lagi pun dalam hidup seharian, kita memang akan sentiasa belajar daripada kesilapan hari ini sebagai persiapan untuk menempuh hari esok..

Ada yang akan berLI kat PKD, ada yang buat dekat kilang, kat Majlis Bandraya, kat Puspakom, kat JAS, kat private company dan tak kurang juga yang terpaksa terbang ke luar negara (Taiwan) semata-mata mendapatkan input berguna sepanjang tempoh latihan industri ini..Itulah yang membezakan kita sebagai pelajar kesihatan persekitaran berbanding pelajar jurusan kesihatan lain di FSKB yang mungkin tempat LI nya hanya berada dalam lingkungan hospital kerajaan ataupun hospital swasta..EvH memberikan variasi dalam pembelajaran diuniversiti..Mantapkan kos EvH ni kan???huhu..(^^,)V

Tak kiralah dimana jua kita berada,timbalah sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman..Bak pesan along tempohari.."jangan segan bertanya..kalau tak tahu, tanya..jangan jadi bodoh sombong..kita kan memang datang nak belajar",pesan along yang dipaparkan di dada Facebook masih lagi segar dalam ingatn walaupun account sendiri telah dinyah aktifkan baru-baru ini..(beruzlah seketika..niatnya begitulah)


(Pre-LI di Pelabuhan Klang diawal semester ke-6 yang lalu..)


(Tak ketinggalan juga Pre-LI di KLIA..best!!)


(we unite under one roof of shield,named as 5th Batch of EvH..)

Buat sahabat-sahabat, tak kiralah apa jua jurusan di FSKB,selamat menempuhi tempoh latihan industri..Diri ini mendoakan agar sahabat-sahabat dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh itu..Sama-sama kita betulkan niat agar ia tidak menjadi satu beban buat kita..(insyaALLAH, dengan niat belajar sebagai ibadah..)..Semoga kita sama-sama memperolehi manfaat dan ilmu yang berkat sebagai satu persediaan dalam menghadapi kehidupan berkerjaya dimasa hadapan..Moga selamat semuanya..insyaALLAH..



Pengembaraan ke alam kerjaya bermula!!Sama-sama kita usahakan yang terbaik..
~syukran jazilan~

Monday, April 26, 2010

Doa Supaya Terhindar Dari Melakukan Kemaksiatan..

Dalam kehidupan seharian,mana mungkin kita mampu lari dari melakukan kesilapan..Sama ada sengaja mahupun tidak, memang takkan lari jasad kita dari melakukan perkara tersebut..Namun, kita diajar untuk bertaubat dalam kehidupan seharian, agar kita mampu mendapatkan magfirah darinya sebelum terlambat kerana malaikat maut tidak putus-putus menjenguk dan melawat kita sebanyak 70 kali sehari..Mungkin saat ini malaikat Izrail bertamu tanpa "tugasan" terhadap kita, namun siapa tahu mungkin kedatangan ia selepas ini menjemput kita mengadap Tuhan Yang Esa buat selamanya..

Maksiat dan dosa samada disedari atau tidak,banyak datang dari diri sendiri dan juga orang sekeliling kita dalam pelbagai cara..Apa yang penting, kita ubahlah semampu mungkin penyebab yang boleh mendatangkan kemurkaan kepada Yang Maha Esa ini..Tidak salah untuk kita berubah kearah kebaikan walaupun terpaksa meninggalkan perkara atau segala keinginan yang sangat kita sukai..InsyaALLAH, ada ganjaran yang lebih baik buat kita atas asbab kita meninggalkan perkara tersebut..





Sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat sepotong ayat dari surah al-mu'min yang boleh kita sama-sama amalkan supaya dapat dijaga diri kita dan dihindarkan dari perkara kemaksiatan..Pohon dan mintalah dengan sepenuh harapan kerana harapan yang kita sandarkan padaNYA adalah sesuatu yang pasti buat kita dengan bersyaratkan kita mengikut segala syariat yang telah ditentukanNYA dan pada masa yang sama kita berusahala kearah jalan kebaikan..InsyaALLAH akan ada jalan lebih baik terbuka buat kita..Moga dapat kita sama-sama amalkan dan diharap ada manfaat buat kita bersama..
Syukran jazilan~

Sunday, April 25, 2010

Antara Dua Persimpangan..

Tiada upayaku tanpa izinMU ya ALLAH..Kuat ku keranaMU..Jatuh dan rebahku juga keranaMU..Pada MU ku sandarkan segala yang terjadi..Ku yakin pada ketentuanMU ya ALLAH..Hari yang Ku lalui saat ini agak sukar pada batinnya walaupun riak zahir wajah ini mampu menipu mata-mata yang melihat tatkala menyambut hari kelahiran ayah yang ke-53..Ku tak kuat ya ALLAH..

AturanMu atas setiap yang terjadi diakhir-akhir ini agak berat buatKu..Namun begitu, Ku sandarkan sebuah "harapan" pada MU kerana Ku yakin harapan itu nyata dan pasti jika aku benar-benar meyakini dan mengagahi diri ini dalam mengharugi setiap ujian dan cubaan yang telah Engkau takdirkan buat diriKu..Ku redha..

Memikirkan natijah dariMU adalah sebaik2 perbuatan yang mampu menguatkan jasad lemah ini ya ALLAH..Perkara yang dah berlalu mana mungkin mampu diubah kembali..Yang pasti, perkara yang akan datang harus difikirkan kembali semasak-masaknya agar diri ini tidak mengulangi kesilapan lalu..Mana mungkin hambaMU yang dhaif ini terlepas dari salah silap..

Walaupun sukar pada hati yang menanggung, itulah hakikatnya..Aku redha ya ALLAH.. Engkau Lebih Mengetahui setiap segala yang berlaku..Ku harapkan bekalan kekuatan dan hidayah petunjuk dariMU dalam menempuhi perjalanan yang masih panjang ini..





Samada ini pengakhiran atau permulaan kepada jalan yang baru, aku yang menentukannya..Engkau meletakkan diriKu disebuah persimpangan..Aku yang akan menentukannya.. insyaALLAH,kan Ku pilih jalan yang terbaik buat diriku dan juga sahabat-sahabatku..Dengan izinMU ya ALLAH..syukran~

Wednesday, April 21, 2010

Tiap Yang Bermula Pasti Ada Pengakhirannya..

Kelegaan akhirnya menyusul jua tatkala kaki kiri melangkah keluar dewan peperiksaan TIBE pada petang 20 April itu..Setelah bergelut memerah memori yang basah dengan akta-akta alam sekitar selama 3 jam diatas kertas perundangan,senyuman terukir lebar dek raut wajah masing-masing yang kini 'merdeka' daripada cengkaman final exam..Berakhirlah sudah satu perjalanan singkat yang telah kita sama-sama mulakan pada tanggal 12 April yang lalu..

Perjalanan singkat yang terlalu banyak perkara yang boleh disingkap didalamnya..Mungkin masih segar lagi dilubuk pemikiran kita mengenangkan peristiwa yang tak diundang yang menimpa salah seorang sahabat kita tatkala dipermulaan peperiksaan genap seminggu yang lalu..Dan bermacam lagi perkara lain yang berlaku boleh diperhalusi juga sebagai satu pengajaran buat kita dalam mengenal hakikat kehidupan dunia ini..Dalam erti kata mudahnya apa jua yang bermula,pasti menemui penghujungnya..

Saat kita bersuka ria tika ini juga takkan terus kekal selamanya bersama..Tiba masanya, ia kan berlalu jua silih berganti sebagai satu putaran roda tetap gambaran sebuah kehidupan..Kekadang kita diatas, janganlah lupa memandang seketika kebawah..Selalunya kita bergelak ketawa,namun jagalah juga dilupa untuk menyelami duka seketika..Semuanya akan kita lalui sepanjang hidup ini..Namun yang membezakan antara kita adalah masa dan ketikanya..Sentiasalah bersedia agar kita kuat menghadapi sebarang kemungkinan yang belum pasti kita kan teguh dan kuat menghadapainya..



(hidup didunia ini tak sama seperti kepingan biskut chipsmore..)


"Singkat waktu ini takkan kekal selamanya..Carilah apa yang penting dan berguna untuk kehidupan hari kemudian"

Syukran jazilan~

Saturday, April 17, 2010

Doa Bagi Menghindari Kemudaratan..

Sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat..Ringan-ringankanlah tangan kita menadah ampun dan magfirah daripadaNYA..Kuatnya kita adalah pada doa kerana ia adalah senjata bagi orang mu'min..Berdoalah sebanyak-banyaknya kerana ALLAH MAHA MENDENGAR segala rintihan hambaNYA dan berkuasa memakbulkan apa yang dihajati..

Sabda Rasulullah S.A.W,
(Maksudnya) Rasulullah S.A.W bersabda: Tidaklah seorang hamba berdoa di setiap pagi dan petang “Dengan Nama ALLAH, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan DIA maha mendengar lagi maha mengetahui”, baca tiga kali, maka tidak akan ada yang memudaratkannya. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut:





Moga dengan pengamalan doa ini sedikit sebanyak mampu memberikan kekuatan pada kita dalam menempuhi hari-hari mendatang kerana jalan kehidupan didunia ini takkan pernah sunyi dari ujian, dugaan dan cabaran yang mungkin kadang-kadang tidak pernah terlintas difikiran kita..Mudah-mudahan ada manfaat buat kita bersama..Wallahua'lam

Wednesday, April 14, 2010

Untaian Doa Buat Sahabat..

Siapa kita untuk menduga?? Siapa kita untuk menentukan segalanya?? Kerdilnya kurasakan diri ini ya ALLAH..Hanya Engkau Yang Maha Berkuasa,mengatur segala takdir yang bakal ditempuhi setiap hambaMU didunia fana ini...Dari MU kami datang dan padaMU jua tempat kami dikembalikan semula..Waktu Isya' tanggal 29 Rabiul Akhir 1431H (setelah gelincir mentari),suasana sepi menyelubungi fikiran diri ini,lebih-lebih lagi sahabat-sahabat dikalangan hawa yang selalu berada bersama Nurhanisah..Terpisahlah seorang ibu meninggalkan seorang anak solehah untuk selamanya..Innalillahi wainnailaihi raji'un..


Berat hati ini menerima perkhabaran hiba dilaman 'Facebook', namun berat lagi dugaan yang sedang dilalui seorang anak muda meniti perpisahan akhir ini..Arwah 'mama' yang selama ini menjadi tempat kebergantungan curahan kasih sayang anak-anak kini telah kembali menghadap Ilahi..ALLAH lebih menyanyangi arwah..Fitrah kehidupan..Kematian itu pasti, yang menentukannya adalah masa,tempat dan ketikanya sahaja..Sebagai seorang Islam yang beriman, kepercayaan kita terhadap qada' dan qadar ALLAH menjadi satu kewajipan..Redha adalah sebaik-baik penerimaan kita sebagai hambaNYA yang yakin akan ketentuan aturanNYA..


Buat Nurhanisah, kuatkanlah hatimu dalam menempuhi ujian ini..Memang mudah untuk dilontarkan kata-kata ini,namun hakikatnya dirimu sendiri sahaja yang tahu akan berat bebanan yang ditanggung tika ini..Jika diri ini berada ditempatmu, barangkali jasad ini takkan gagah lagi berdiri menerima dugaan yang datang tanpa diundang ini..Lebih-lebih lagi tika melalui minggu peperiksaan ini,pasti emosi ini takkan mudah menerimanya..Namun Nurhanisah yang ku kenali sepanjang perkenalan ini sebenarnya seorang yang cekal,tabah dan tak mudah mengalah menerima ujian.. Tabahkan hatimu duhai teman,sahabat-sahabatmu disini sentiasa ada untuk membantu jika saat genting ini bertamu kamu keseorangan..Yakinlah dengan ketetapan Ilahi.. Pasti segalanya ada hikmah yang tersembunyi..





Buat teman,hanya untaian doa dan surah al-fatihah mampu kami hadiahkan buat arwah..Moga ALLAH mencucuri rahmat dan menempatkan arwah dikalangan hamba-hambaNYA yang beriman, solehah dan yang bertaqwa..insyaALLAH.. Be strong anis!! Don’t despair and never loose hope,because Allah is always by your side..insyaALLAH!!

~salam takziah buat Nurhanisah dan keluarga..Al-fatihah..

Friday, April 9, 2010

Nilai Seratus Yang Tak Mampu Dibayar Semula..

Seminggu lalu yang penuh suka duka kini lenyap dari pandangan..Yang tinggal hanyalah cebisan kenangan yang makin samar diingatan,namun masih segar pada kepingan foto berjudul 'kembara taman negara pahang 2010' yang selalu ditatap kaki-kaki 'Facebook'..Begitu pantas masa berlalu..Hari ini,genap seminggu ia berlalu..

Keputusan yang dibuat lewat malam jumaat lalu itu bukanlah suatu yang dirancang..Apatah lagi hendak dituruti..Waktu dan wang merungsingkan akal yang berfikir sendirian tika itu..Namun kerana memikirkan sahabat, ku ketepikan segala sebab buat seketika..Niat yang awalnya berat untuk diikhlaskan,kugagahi jua..Untuk berkorban buat orang lain bukan sesuatu yang mudah..Moga ada hikmah buat kita bersama untuk kali terakhir dipenggal ini..

Harga ukhuwah bukanlah mudah untuk dinilai..Kekuatan antara kita yang menentukannya..Tujuan yang samar dan kelam dipermulaan perjalanan itu menjadi semakin jelas tatkala meniti pertengahan pengembaraan selama tiga hari diceruk hutan simpan itu..Kita yang merancang, namun ketetapan ALLAH yang mengatasi segalanya..Alhamdulillah, paling tidak pun, ada hikmah yang mampu kurasai sendirian, walaupun nilaian pada mata orang lain hanyalah biasa-biasa sahaja..Sangat indah aturan MU, Ya ALLAH..Syukur ku panjatkan padaMU..

Mungkin diri ini tidak mampu mengungkap segala yang terbuku,tersurat mahupun tersirat sepanjang kebersamaan kita tika itu..Namun cukuplah sekadar ungkapan terima kasih yang tak terhingga dariKu atas segala pertolongan,bantuan,nasihat dan juga penghargaan dari kalian buat diri ini..Ku hargai semua itu kerana nilai 2 keping not RM50 yang ku hulurkan kepada Padil sebagai bayaran program kali ini mustahil untuk kutemui diluar dari waktu itu..Mungkin tempat itu masih mampu ku jejaki dilain waktu, namun insan-insan yang berada bersama tika itu tak mungkin mampu untuk ku bawa bersama sekali lagi..Semuanya buat kali terakhir..

Buat abang zul, nasihatmu sangat mendalam maknanya bagiku..Usiamu yang sarat dengan pengalaman banyak mengajarku erti sebuah kehidupan tika ungkapan mulutmu berbicara 'soal hati dan perasaan' denganKu sebelum lelap mata pada malam terakhir kita disitu..Akan ku usahakan apa yang termampu kerana dirimu ku lihat sesuai ku jadikan panduan kearah itu..Terima kasih juga buat abang man yang turut menurunkan ilmu padaku..Buat abang driver bas yang sangat baik padaku sepanjang kita berkongsi bilik disana,ku kutip segala nasihatmu yang termampu kerana ku tahu dirimu lebih dahulu merasa garam daripadaku..Terharu dan berterima kasih juga kerana mengenali namaku walaupun sepanjang kita berbicara,mulut ini tidak pernah sekalipun membahasakan diri sebagai fattah..Ku hargai semua nasihat, tunjuk ajar dan pengalaman yang kita kongsikan bersama dibilik no.7 itu..(maaf pakcik driver,saya dah terlupa nama pakcik..)

Buat sahabat-sabahabat yang tidak putus memberikan sokongan,rangsangan kata-kata semangat, setiap telatah dan ungkapan yang keluar dari mulut kalian akan ku ingat hingga penghujung hayat ini..Buat hadziri dan firdaus, kalian berdua antara yang sangat memahamiku..Walaupun dalam nada gurau senda,namun sedikit sebanyak telatah kalian mampu merungkai kegelisahan dihati ini tika itu.. 'Post moterm" mantap yang dibuat kalian untukku setelah selesai setiap aktiviti yang kita sama-sama lalui sangat membantu..Hangpa memang terbaikla noh!! Buat fidaie, doamu tika selesai solat jama' takdim diwaktu zohor itu masih lagi terngiang-ngiang ditelingaku..Dibaca dengan nada yang kuat serta diamin semua yang berada bersama-sama dibilikku itu,ku harap doa itu dimakbulkan ALLAH..Tersentuh hati ini atas segala kebaikan kalian waktu itu..



(diawal pengembaraan..segalanya bermula disini..)


(tenang seketika kekusutan fikiran tika menyusuri sg.tahan)


(pelbagai ragam tika hati gembira seketika..)


(meredah hutan belantara bagi menimba pengalaman..)


(sekeping hati kutinggalkan buat kenangan masa depan..)


(yang bermula akan berakhir..terima kasih buat semua..)


Buat abang-abang senior, terima kasih atas tunjuk ajar..Terima kasih juga kerana menyakat diri ini dalam beberapa situasi sepanjang kebersamaan kita meredah hutan simpan itu lebih-lebih lagi semasa hari yang kedua itu..Hanya senyuman mampu terukir dek malu diperlakukan sebegitu terutama tika menunggu giliran menaiki 'canopy walk' dipertengahan hutan itu..Semuanya ku hargai kerana ku tahu saat itu takkan mampu dicipta lagi buat kali yang kedua..

Buat sekalian sahabat,terima kasih atas segalanya..Akan ku simpan segala memori kita bersama umpama teguhnya pokok-pokok yang masih kekal berdiri ditengah hutan simpan yang telah kita sama-sama terokai itu walaupun telah uzur dimamah zaman..
Terima kasih buat sahabat~

Monday, March 29, 2010

Detik Dinanti Berlalu Pergi..Masa Berganti Sebagai Saksi..

Alhamdulillah..Ungkapan agung yang selalu meniti bibir tatkala mendapat nikmat kurniaan dariNYA..Semuanya selesai!!Hari yang ditunggu seminggu yang lalu berlalu pantas bak arus yang memukul pantai, datang dan pergi bersama desiran angin yang bertiup lesu..Makan malam yang dinanti selamat sudah kita harungi..

Mengimbau kembali detik manis itu..Tika kita bersama menyediakan segala keperluan buat majlis itu,terukir lagi sebuah memori indah..Dalam kekalutan waktu, semua memberikan komitmen yang padu, tika saat dan detik hanyalah tinggal sejengkal dari bermulanya acara yang dinanti..Walaupun semangat kita disentap seawal tiba didewan majlis dek kelewatan persiapan dari pihak hotel, namun sinar harapan kembali mekar tika menyusuri detik terakhir pada petang yang basah itu..Hujan yang turun umpama air mata bercucuran gugur ke bumi,tanda kesyukuran atas segala persiapan yang hampir sempurna terlihat pada suasana warna-warni dewan majlis..Namun,yang lebih merasai kelegaan itu adalah syafiq..Insan yang sangat Ku 'respect' atas gerak kerja dan amanah yang diberikan tanpa keluh kesah ..Apeklah (bukan nama sebenar) yang menjadi 'perencah dan perasa' buat majlis pada malam itu..Tanpa susah payah video daripada apek, apelah sangat yang dipandang tamu-tamu yang bertandang tika majlis nanti..Terima kasih apek..

Singkat waktu yang dirasai lebih jelas terasa dek azan isya' mulai bergema..Atucara yang ditunggu mulai menyusun langkahnya..Seawal langkah pertama dekan masuk dipintu utama,disertai pancaran cahaya LCD dalam kelam malam bersulam cahaya romantik biru itu,maka terikatlah majlis dengan seribu satu pantang larang protokol buat seketika..Semua bagaikan meraikan seorang raja..'Usher' bagaikan dayang istana yang tidak pernah penat ke hulu-hilir mendampingi sang raja..Kredit dariKu buat exco protokol..

Umpama berada dialam fantasi..Terlihatlah pelbagai ragam 'superhero' dan bermacam lagi karekter yang memenuhi ruang legar dewan tatkala musik yang dimainkan membangkitkan lagi aroma fairytale pada malam itu..Aku seperti dulu..Tak ubah lari dari tema setiap kali majlis makan malam saban tahun..'biasalah,teknikal..nak buat macamana',bisik hati kecilKu menepis soalan dan mengelak malu tatkala melalui setiap penjuru dewan yang rata-rata terlihat pelbagai ragam manusia mengayakan pakaian yang gah itu..Semulajadinya,mataKu lebih suka menatap warna ungu @ purle..Entah,kebetulan barangkali..Warna ungu idaman hati, Ku temui jua malam itu..Walaupun tidaklah digayakan mengikut tema,hati ini terpaut..Mungkin malam itu bukan buatKu..Berat mulut menutur bicara untuk bergambar bersama-sama dalam tema ungu..Ku redha,moga tahun depan ada lagi peluang seperti itu..



(sebelum bermulanya majlis..jam 7.00malam..yang lain pegi mane ek??)



(sahabat paling berjasa pada petang itu..terima kasih apek)



(Prof Salmaan bersama organisasi majlis..wakil teknikal takde ea??)



(aii..berani sangat kamu ni ahmad choo..haha)



(dato'-dato' yang penting..kekal lagi kita hingga ke saat ini)


'Buang yang keruh,tadahkan yang jernih'..peribahasa lama yang diubah sedikit perkataannya.. Namun, tetap membawa erti yang serupa..'Kesempurnaan takkan datang sendirian,pasti ia hadir bersama kekurangan'..Mudah untuk diertikan..Gambaran jitu atas beberapa perkaran tidak diingini yang terjadi sepanjang majlis formal berlangsung pada malam itu..PadaKu, usahlah dilihat pada kecacatan@ kekurangan,lihatlah pada sejauh mana kelebihan itu memberi manfaat pada kita..Usah ditunding jari pada yang lain, kerana empat lagi jari akan menunding kearah diri sendiri..'We lose and win as a team',petikan kata arsene wenger yang pernah kudengar membuatkan fikiranku meng'iya"kan segala yang terjadi malam itu..'Tuan pengarah,maafkan atas kekurangan kami dalam melaksanakan tugas',detik hati kecil yang hanya mampu diungkap dalam diri sendiri setelah semuanya berakhir menjelang detik 12 malam itu..Kita semua beransur dengan seribu satu perasaan yang tak mampu diucap mulut yang berkata-kata tika lampu dewan yang bergemerlapan seketika tadi padam untuk selamanya..

Berakhir sudah sebuah perjalanan..Yang pasti bukan mudah untuk kita mulakan dan pasti sangat sukar untuk kita tinggalkan..Semuanya berlaku atas keringat, penat lelah kita semua yang kuat menyahut cabaran dalam menjayakan majlis ini..Tahniah buat sahabat-sahabatKu sekalian..Mohon maaf juga atas kekurangan diri ini..Anda semua memang terbaik!!
Syukran jazilan~

Thursday, March 25, 2010

Semalam Yang Kelam Ku Tinggal..Hari Ini Ku Cari Gantinya..

Pagi, 24 Mac 2010..Kuatnya Iman,bukanlah letaknya pada mulut yang petah berbicara..Mengeluarkan dalil dan ayat dari NYA..Semuanya terletak pada kefahaman dan kehendak diri sendiri..Setelah diasuh dan ditarbiyah sempurna seawal tangisan pertama tiba dimuka bumi Tuhan ini,saat dan ketika inilah kita pasti kan diuji..Pagi semalam yang Ku tinggalkan terpahat satu dosa yang selalu menjadi temanKu sejak akhir-akhir ini..Biarlah diri ini mencari magfirah sendirian..Moga ada keampunan buatKu..Buat sahabat,Ku bukanlah yang terbaik antara kalian..Pandangan mata manusia takkan lari dari tipu daya..Penyesalan menyelubungi fikiranKu di awal pagi yang kelam itu..

Barakah rezki Tuhan dipagi hari itu hilang sinarnya dek kejahilan diri sendiri..Ku gagahi jua mencari jalan keluarnya..Emosi terganggu itu Ku tinggalkan agar segala yang dirancang hari ini tidak awal-awal lagi terhenti dipermulaan jalan..

"Sibuk mengalahkan Agong!!"..Hiperbola mudah untuk difahami..Hari-hari terakhir persiapan untuk majlis yang dirancang makin genting..Semua bagaikan mengharapkan agar waktu yang berlalu dapat diulang kembali supaya segala kekusutan persiapan dapat diredakan seketika..Cemburu buta masa memang tidak dapat dibendung lagi!!.. Kita merancang, DIA menentukan..Khabaran yang diutuskan Ain, penolong ketua yang baik hati tengah hari itu melegakan hati semua yang mendengar.."esok 'presentation' EIA, Dr.Mazrura batal,ganti isnin depan",..Lega juga hatiKu, EIA langsung tak Ku sentuh lagi..Sekadar membaca sepintas lalu,apelah sangat yang mampu Ku jawab andai ditakdirkan esok disoal kalian semua..Setinggi syukur Ku panjatkan buatMU..

Awal pagi yang tercalar dek dosa hina itu menghilangkan 'mood' sepanjang hari..Coretan hari semalam terhenti disitu..Biarlah Ku nantikan hari esok agar mampu ku cari ganti sinar yang hilang itu..

25 Mac..Renyai hujan memadamkan terik mentari petang itu..Alahmdulillah, hari ini lebih baik dari semalam..Bak kata rakan perempuanKu dalam 'tagline' blognya, 'ARJU ALYAUM KHAIRUN MINAL AMS'..Hujan lebat disambut mesra nyanyian petir berdetuman pada petang itu menghilangkan sedikit resah fikiranKu..Suasana nyaman yang selalu menjadi idaman kaki-kaki tidor KTSN 1 bertandang jua petang itu..

Sebahagian pelajar yang kaki 'punctual' ke kelas diawal pagi ini,tatkala mentari masih belum sepenuhnya memancarkan sinar emas diufuk timur..Sekitar jam 8.30pagi, hanya kelihatan kelibat beberapa orang pelajar perempuan yang mulai menghala ke bilik tutor BSC-1.."Mana agaknya laki-laki pergi ni??",detik hati yang menyoal fikiran kaum hawa sekelasKu tatkala menunggu kehadiran golongan Dato' yang terhormat ini tiba ke kelas..Mengakhiri penghujung jam 8, barulah terlihat muka baru bangun tidur 'kaum adam' yang betuah ini..

Detik masa beransur normal menyusuri pagi ceria itu..Berkumpul lagi kita entah untuk kali keberapa pada pagi itu bagi melengkapkan sisa baki persiapan sebelum 'rehearsal' lengkap disimulasikan dihotel pada hari esok..Banyaklah ragamnya sepanjang dua jam kita dibilik ber'air-cond' yang tidak seberapa sihat itu dikaca mata seorang 'environmentalist' dek aliran udaranya yang tertutup tak ubah seperti berada didalam tong gas mampat..Namun,bersyukurlah..'Air-cond inilah yang selalu diterkam tangan-tangan kita tatkala bahang mentari mulai menghangatkan tubuh badan kita sepanjang perjalanan menuju ke kelas terutamanya diwaktu mentari meninggi diatas kepala..



(ape yang penting???..kerjasama!!!..)



(pilihlah mana-mana queen yang anda berkenan..huhu..)



(pengarah dan timbalan pening memikirkan program esok..)



(kerja sapa dia ni amik gambar dengan kartoon -karton..huhu)


Tak kurang juga yang selalu bermain difikiran tika itu memikirkan 'costume' yang harus dikenakan bersesuaian dengan tema 'fairy tale and fantasy'..Masing-masing sudah tidak sabar menantikan detik indah itu bagi menggayakan 'baju pinjam' masing-masing..Bukanlah terlalu mengejar 'title king and queen', cuma sekadar kepuasan hati masing-masing memandangkan program ini adalah hasil peluh dan keringat kita sepenuhnya..Berbaloi-baloi!!..

Terlalu banyak persoalan bermain difikiran memikirkan hari esok..Debaran kencang berombak didada mulai terasa memandangkan program 'besar punye' ini akan dihadiri dekan baru yang tidak asing lagi buat pelajar kesihatan persekitaran yang cinta dan sayangkan subjek 'toxicology'..Nama yang takkan pernah luput dek ingatan jangka panjang, apetah lagi memori sementara..Semua bertungkus-lumus memberikan yang terbaik bagi acara formal malam esok..'Kita yang merancang,ALLAH yang tentukannya'..Moga urusan kita semua dipermudahkanNYA..insyaALLAH..

Ape yang penting???.."Kerjasama!!!"..jawapan mudah kanak-kanak kecil yang menjadi pengikut setia hero 'fantasy' yang tidak asing, 'WONDER PET' bagaikan begitu bermakna saat ini..Hanya kerjasama yang berkesan mampu menyelesaikan semua kekalutan dan kemaslahatan saat ini dan sepanjang program nanti..Mudah-mudahan kita mampu buktikan sesuatu yang terbaik khusunya dari 'batch' kita sendiri esok hari..insyaALLAH..

Selamat menghadiri majlis makan malam program kesihatan persekitaran..Maaf dipinta, dalam kekalutan waktu, terlupa 'tagline'nya..Jumpa kita disana!!..Syukaran jazilan~

Wednesday, March 24, 2010

Umpama Pasang Surut Di Pulau Kapas..

Hari baru masih ada buat kita..Ku mulai dengan memohon magfirah atas dosa-dosa semalam..Alhadulillah, kita semua masih dipanjangkan usia sehari lagi untuk terus bersama seperti hari-hari yang telah kita tinggalkan sebelum ini..

Kalut dengan persiapan majlis makan malam yang makin terasa bahangnya..Itulah suasana yang lebih tepat untuk digambarkan..Masing-masing sedang melalui tempoh "busy sakan" oleh kerana banyak hal yang masih belum berjaya di"finalised"..Pengarah program tak keruan dibuatnya..

Persiapan untuk persembahan "love story" juga masih jelas terlihat lubang-lubang kosong yang perlu ditampal dan diisi dengan komitmen setiap individu..Mungkin masih belum serasi dengan pasangan tarian..Mungkin juga "step" tarian yang selalu berubah-rubah memeningkan para penari amatur..Namun itu semua bukan penghalang..Ku yakin kita semua mampu melakukannya,kerana sinar "ukhwah" dapat Ku lihat walaupun latihan persembahan itu tergendala diawalnya dek kumpulan Ku yang terpaksa melakukan kerja-kerja meng"pin" nyamuk yang ditangkap tempohari di Gunung Nuang..

Entah mengapa..Jarang Ku lihat kita semua bergelak ketawa seperti petang itu.. Walaupun masing-masing "tension" dengan suasana dan hal-hal berkaitan yang lain, namun ukiran senyuman mampu diukir dibibir masing-masing..Aku juga turut merasai..Cuba menceriakan lagi suasana,aku melakukan aktiviti spontan semasa "scene" mengorat gadis-gadis fairy tale..Kering ideaKu memikirkan apa yang perlu aku selitkan disetiap kali pusingan "rehearsal" itu..Asalkan semua gembira, malu Ku tinggalkan seketika..Petang itu menghilangkan seketika tekanan diri masing-masing..



(Gunung Nuang..senyum dalam luka ni..jangan tertipu ye..huhu..)


Betulah kata bijak pandai..Dalam hubungan, pasti ada pasang surutnya.. Walaupun seminggu yang lalu hubungan tegang antara kami menemui kemuncaknya dek salah faham dalam pemilihan "supervisor" thesis, namun suasana petang itu mengubat sedikit kelukaan hati dikedua belah pihak..Moga ada cas positif terhasil selepas ini agar hubungan tegang itu dapat diredakan..Sama-sama kita usahakan ya sahabat-sahabatKu..Aja-aja fighting!! bisik hati kecil presiden kelab EvH yang baru..(^_^)V

Hari itu menjadi kenangan,moga esok ada sinar baru buat kita..Mudah-mudahan perjumpaan singkat dengan Dr.Azhar sebelum latihan petang itu merungkai segala simpulan dan ikatan yang megeruhkan hubungan kita seminggu yang lalu..InsyaALLAH, sinar baru itu akan jelas menjelang hari terakhir majlis yang bakal tiba..

Syukran jazilan~

Tuesday, March 23, 2010

Kelu Mulut Berbicara, Berat Lagi Hati Yang Menerimanya

Tergamam..Kelu tanpa seribu bahasa..Penghujung hari semalam terasa terlalu berat bagiKu untuk kutempuhi..

Seminggu yang lalu,terlalu banyak perkara yang merungsingkan fikiran ini..Namun, semalam yang telah Ku tinggalkan lebih terasa berat bebanan itu..Diri yang daif ini diangkat menjadi pemimpin buat kelab EvH, yang menjadi wadah dan medan kesinambungan ukhwah antara "batch" dalam program kesihatan persekitaran..FikiranKu buntu dek kala senja makin memancarkan sinaran keemasannya di petang itu.



Entah mengapa..Mungkin mata-mata yang memandang melihat diri ini sesuai menggalas amanah itu, walhal itu hanyalah nilaian lahiriah yang penuh tipu daya..Kuat ke aku menempuhi ujian yang langsung tidak terlintas dek fikiran ini, yang jauh berfikir dan memandang sahabatKu lain yang lebih layak seperti FIRDAUS dan SAIFUL??..EmosiKu terganggu lagi.

Semalaman Ku resah tanpa arah,walaupun hati ini tenang seketika selepas mendengar sedikit pengisian rohani diwaktu isya'..Hati kecil ini kembali tidak keruan..Segala aktiviti yang dirancang malam itu tergendala..Aku hanya mampu memandang cebisan kertas fotokopi EIA dari jauh..Satu slide pun belum ku fikirkan walhal hari untuk pembentangan EIA makin singkat..Mataku terpejam akhirnya,tatkala fikiran masih lagi melilau-lilau memikirkan persoalan yang tak terjawab itu..

Pagi hari yang mungkin menjadi permulaannya agak gembira buatKu..Dua orang sahabatKu, NURHANISAH dan NOR ATIKAH, keduanya bersyukur dan gembira menyambut hari lahir bapa tersayang pada tanggal 22 Mac itu..Aku tumpang sekaki merasai kegembiraan mereka, walaupun tanpa ucapan dan kata-kata Ku utuskan..Namun, hari takkan berseri tanpa hujan..Petang itu takdir buatKu..Aku terima jua akhirnya..Redha dengan ujian ini..Moga ada kekuatan buatKu..

InsyaALLAH, akan Ku cuba yang terbaik menggalas "AMANAH" ini..Moga tunjuk ajar sahabat-sahabat yang baru diangkat menjadi MT dapat meringankan beban ini..

Kerana "KASIH SAHABAT", Ku terima segalanaya..

Syukran jazilan..

Monday, March 22, 2010

Pertemuan Kita AturanNya..

Fitrah kehidupan..Menjadi lumrah alam, setiap yang bermula pasti akan berakhir bila tiba saat ketikanya..

Pertemuan aturanNYA menjadi suratan takdir sejak azali, tatkala diri-diri ini telah berjanji setia pada Tuhan sekalian alam menjadi Khalifah didunia sebelum dilahirkan oleh insan mulia bernama ibu ke muka bumi hina ini yang menjanjikan seribu satu cabaran dan ujian buat hamba-hambaNYA.

Pertemuan kita bukan satu kesilapan,sebaliknya satu anugerah yang sukar dicari ganti.. Mengenal hati budi, akhlak jua pekerti seawal pertemuan pertama hingga ke detik ini, itulah yang menyatukan kita hingga ke saat ini..Tautan kasih sayang sesama muslim dalam ungkapan mudah mulut yang berbicara sebagai 'UKHUWAH'.

Ukhwah yang terbina atas jalinan mahabbah ini pasti takkan lari dari ujianNYA.. Sepanjang perjalanan menuntut ilmu bersama-sama, suka duka, riang tawa, tangisan air mata, semuanya adalah penyeri dalam hubungan kita ini..Masakan lidah boleh tergigit, apetah lagi kita yang berlainan jasad ini.



(masihkah kau ingat saat ketika ini??..kita disatukan atas dasar "Ukhuwah")


Kenangan manis,luka,duka,ketawa dan segala macam rasa akan Ku coretkan semampu mungkin tangan yang menulis, akal yang mengingat memori silam dan mata yang memandang cebisan kenangan yang kita rakamkan pada dada foto-foto, agar mampu Ku kembalikan semula suasana lalu yang telah kita tinggalkan.

Coretan kata, nukilan kalimah daripada hati berbicara..Itulah termampu bagiKu saat ini.. Moga Ku mampu memberikan yang terbaik buat sahabatKu sekalian.

Syukran jazilan~

Sunday, March 21, 2010

kerana ukhuwah, ku tintakan pena ini..

Salam ukhuwah buat sahabat-sahabatku sekalian..

Seinfiniti kesyukuran padaMU atas segala nikmat yang tidak terucap dek mulut yang berkata-kata, akal yang tak tercapai tafsiran nikmatMU dan hati yang selalu diuji tatkala iman didada kalanya terumbang-ambing bak perahu kecil dilautan bergelora..alhamdulillah, saat ini masih lagi ku bernafas.

Sekadar mencari tempat meluahkan segala deria dan rasa serta tafsiran akal yang letaknya pada pancaindera kurniaanMU, kutemui jalan ini sebagai permulaannya..moga ada manfaat buat diri ini dalam menyampaikan apa yang tersirat, tersurat dan tersimpul dek kekusutan akal fikiran yang tak mampu ditampung sendirian selamanya..

"Buat sahabat" ku mulakan langkah ini kerana kita suatu hari nanti kita kan selamanya terpisah jua.. moga detik berharga yang masih ada ini dapatku coretkan kenangan kita beralaskan tinta maya ini semampu mungkin kata-kata, tafsiran akal dan luahan hati yang terlalu sukar dan tak termampu ku ungkap dengan kata-kata dan madah bicara ..moga ada manfaat buat kita bersama..

Salam mahabbah, salam ukhuwah buat semua..syukaran jazilan~