Welcome to my blog :)

rss

Saturday, September 11, 2010

Layakkah Meraikannya??

Gema takbir sejurus azan maghrib berkumandang dihening senja 30 ramadhan 1431H menandakan berlalunya sudah sebuah bulan penuh keberkatan,meninggalkan semua tetamu NYA ditahun ini tanpa ada jaminan bertemu kembali pada tahun hadapan..Genap sudah tempoh sebulan ditarbiyah jasad kita dengan makanan ruhani yang akan menjadi bekalan buat tempoh 11 bulan yang akan datang..

Disebalik kegembiraan menantikan gema takbir dipagi syawal, terdetik dihati ini betapa daif dan hinanya diri ini bila mengenangkan kembali tempoh sebulan yang telah dilalui..Banyak persoalan yang jawapannya akan kembali berpusar-pusar kearah kejahilan diri sendiri dalam menguruskan ibadah dan kehidupan tiap hari yang dilalui sepanjang ramadhan yang lalu..

Terasa terlalu jahil dan lemah diri ini bila mengenang dan menghisab semula amalan-amalan yang telah dibuat..Terdetik jua dihati adakah ada keampunan dosa-dosa lalu setelah berlalunya ramadhan ini bila memikirkan semula setiap detik yang dibiarkan sepanjang tempoh ramadhan bertamu sebelum ini..

Walaupun tanpa 'makhluk ciptaan MU' yang akan selamanya menyesatkan manusia dibulan mulia itu, diri ini sebenarya jauh tersasar dan GAGAL!! Gagal memandu nafsu yang ada didalam jasad ini selari dengan syariat petunjukMU..Gagal meletakkan akal lebih tinggi daripada nafsu tika diuji..Dalam 'bersendirian' pun akal ini gagal mengawal nafsu, apatah lagi selepas berakhirnya bulan mulia MU ini..





Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaMU..Moga ada pengajaran yang mampu ku kutip natijahnya dek ujian yang pernah Engkau anugerahkan kepada ku..Moga masih ada keampunan buat diri ini ya ALLAH..Moga dihari kemenangan ini ku harap mampu hayatinya lebih mendalam dan bukanlah hanya sekadar berhari raya walaupun diri ini sebenarnya TIDAK layak meraikan hari kemenangan kurniaan MU ini..Moga Ramadhan yang akan datang masih ada lagi buat kita..Salam Aidilfitri buat semua..Diri ini memOhon ribuan kemaafan atas kesalahan & khilaf sepanjang keberadaan kita bersama..Moga ukhuwah terjalin kekal selamanya..

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Terakhir diBumi KTSN..

Setinggi kesyukuran ku panjat ke hadrat Yang Maha Kuasa kerana masih memanjangkan lagi usia jasad ini untuk menjejakkan kaki dibulan mulia ramadhan sekali lagi pada tahun ini..walaupun zahirnya riak wajah tak terlihat rasa syukur itu,namun disudut hati begitu terasa hembusan angin ramadhan yang dinanti selama beberapa minggu kebelakangan ini..walaupun terasa begitu banyak dosa semalam yang belum terampun, namun Engkau masih lagi mengizinkan jasad ini menjadi sebahagian daripada tetamu MU diawal jendela ramadhan kali ini..namun apa yang pasti, tika saat ini tiada lagi jaminan buatku untuk ku sampai ke penghujung bulan tarbiyah MU ini..andai hanya pertengahan jalan sahaja takdir buatku kali ini, ku harap agar aku mampu memanfaatkan ruang dan peluang tersedia ini dalam mencari magfirah MU atas khilaf dan dosa lalu yang belum lagi terampun oleh MU..

Terlalu indah aturan MU dalam hidup ini..perancangan MU terlalu berhikmah walaupun pada zahir akal fikiran yang merancang cuba menafikannya..ternyata benarlah apa yang telah tercatat dalam kitab suci MU akan setiap aturan perjalanan hidup ini, segala hikmah dan natijah hanya ENGKAU sahaja layak menetukannya..setinggi syukur ku panjatkan lagi kepada MU walaupun terkadang jasad ini selalu kufur akan segala nikmat MU tatkala diuji indahnya hiasan duniawi..moga-moga aku menjadi antara hamba MU yang benar-benar bersyukur hasil tarbiyyah MU dibulan ini pada masa akan datang..INSYAALLAH..





Tanggal 1 ramadhan 1431H..permulaan yang agak menguji fikiran dan amalan..hari pertama pembentangan proposal tesis penyelidikan tahun akhir sedikit mengeruhkan kejernihan ramadhan yang dinanti selama sebulan yang lalu..namun begitu, itu bukanlah halangan untuk menjalankan ibadah kepada MU dibulan mulia ini,bahkan ia adalah jalan tarbiyah terbaik dari MU agar diri ini menjadi lebih terdidik nafsu, amalan dan juga kekuatan rohani..ALHAMDULILLAH, aturanMU tak mampu dinafikan akal yang merancang..perjalanan pembentangan proposal dapat dilaksanakan dengan baik..bukan mencari kesempurnaan,cuma diri ini mengharapkan mampu melaksanakan tugasan dengan baik..berkat bulan MU ini terlalu banyak membantu Ku ya ALLAH..syukur ku panjatkan lagi kepada MU..

Sahabat-sahabat seperjuangan (lelaki) hampir keseluruhannya berjaya dan selesai dengan misi masing-masing dihari pertama pembentangan..moga hari esok, ALLAH mempermudahkan urusan sahabat-sahabat lain yang masih lagi gelisah menunggu giliran pembentangan..insyaALLAH..(^_^)

Kepada sahabat seperjuangan,selamat menyambut kedatangan ramadhan 1431H..moga sama-sama dapat kita manfaatkan segenap peluang yang terbentang dihadapan mata ini untuk mencari redha NYA..moga-moga kita mendapat darjat TAQWA dipenghujung bulan tarbiyah ini..insyaALLAH..apa yang baik itu datang daripada ALLAH, setiap kelemahan itu datang dari kekurangan dan kejahilan diri sendiri..mohon maaf atas khilaf dan silap sepanjang kita bersahabat..sama-sama kita hargai saat terakhir berada bersama-sama di bumi KTSN ini sebaiknya..ramadhan terakhir kita bersama-sama setelah bersama hampir 4 tahun disini..hargainya semampu mungkin supaya kelak ia dapat membawa memori dan erti indah buat kita..wallahua'lam..

Saturday, May 1, 2010

Selamat Ber'latihan Industri'..

Menanti detik-detik terakhir sebelum menyibukkan diri dengan latihan industri (LI)..Terasa pulak ketakutan dan kegelisahan bertandang tanpa diundang tiap kali terfikirkan hari yang bakal ditempuhi nanti..(orang lain yang rasa,diri sendiri mantain cool je..entah kenapa..wallahua'lam..)Xpelah, LI je pun kan??..Sebahagian daripada proses untuk kita belajar,jadi anggaplah kita sebagai budak baru nak bertatih..Lagi pun dalam hidup seharian, kita memang akan sentiasa belajar daripada kesilapan hari ini sebagai persiapan untuk menempuh hari esok..

Ada yang akan berLI kat PKD, ada yang buat dekat kilang, kat Majlis Bandraya, kat Puspakom, kat JAS, kat private company dan tak kurang juga yang terpaksa terbang ke luar negara (Taiwan) semata-mata mendapatkan input berguna sepanjang tempoh latihan industri ini..Itulah yang membezakan kita sebagai pelajar kesihatan persekitaran berbanding pelajar jurusan kesihatan lain di FSKB yang mungkin tempat LI nya hanya berada dalam lingkungan hospital kerajaan ataupun hospital swasta..EvH memberikan variasi dalam pembelajaran diuniversiti..Mantapkan kos EvH ni kan???huhu..(^^,)V

Tak kiralah dimana jua kita berada,timbalah sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman..Bak pesan along tempohari.."jangan segan bertanya..kalau tak tahu, tanya..jangan jadi bodoh sombong..kita kan memang datang nak belajar",pesan along yang dipaparkan di dada Facebook masih lagi segar dalam ingatn walaupun account sendiri telah dinyah aktifkan baru-baru ini..(beruzlah seketika..niatnya begitulah)


(Pre-LI di Pelabuhan Klang diawal semester ke-6 yang lalu..)


(Tak ketinggalan juga Pre-LI di KLIA..best!!)


(we unite under one roof of shield,named as 5th Batch of EvH..)

Buat sahabat-sahabat, tak kiralah apa jua jurusan di FSKB,selamat menempuhi tempoh latihan industri..Diri ini mendoakan agar sahabat-sahabat dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh itu..Sama-sama kita betulkan niat agar ia tidak menjadi satu beban buat kita..(insyaALLAH, dengan niat belajar sebagai ibadah..)..Semoga kita sama-sama memperolehi manfaat dan ilmu yang berkat sebagai satu persediaan dalam menghadapi kehidupan berkerjaya dimasa hadapan..Moga selamat semuanya..insyaALLAH..



Pengembaraan ke alam kerjaya bermula!!Sama-sama kita usahakan yang terbaik..
~syukran jazilan~

Monday, April 26, 2010

Doa Supaya Terhindar Dari Melakukan Kemaksiatan..

Dalam kehidupan seharian,mana mungkin kita mampu lari dari melakukan kesilapan..Sama ada sengaja mahupun tidak, memang takkan lari jasad kita dari melakukan perkara tersebut..Namun, kita diajar untuk bertaubat dalam kehidupan seharian, agar kita mampu mendapatkan magfirah darinya sebelum terlambat kerana malaikat maut tidak putus-putus menjenguk dan melawat kita sebanyak 70 kali sehari..Mungkin saat ini malaikat Izrail bertamu tanpa "tugasan" terhadap kita, namun siapa tahu mungkin kedatangan ia selepas ini menjemput kita mengadap Tuhan Yang Esa buat selamanya..

Maksiat dan dosa samada disedari atau tidak,banyak datang dari diri sendiri dan juga orang sekeliling kita dalam pelbagai cara..Apa yang penting, kita ubahlah semampu mungkin penyebab yang boleh mendatangkan kemurkaan kepada Yang Maha Esa ini..Tidak salah untuk kita berubah kearah kebaikan walaupun terpaksa meninggalkan perkara atau segala keinginan yang sangat kita sukai..InsyaALLAH, ada ganjaran yang lebih baik buat kita atas asbab kita meninggalkan perkara tersebut..





Sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat sepotong ayat dari surah al-mu'min yang boleh kita sama-sama amalkan supaya dapat dijaga diri kita dan dihindarkan dari perkara kemaksiatan..Pohon dan mintalah dengan sepenuh harapan kerana harapan yang kita sandarkan padaNYA adalah sesuatu yang pasti buat kita dengan bersyaratkan kita mengikut segala syariat yang telah ditentukanNYA dan pada masa yang sama kita berusahala kearah jalan kebaikan..InsyaALLAH akan ada jalan lebih baik terbuka buat kita..Moga dapat kita sama-sama amalkan dan diharap ada manfaat buat kita bersama..
Syukran jazilan~

Sunday, April 25, 2010

Antara Dua Persimpangan..

Tiada upayaku tanpa izinMU ya ALLAH..Kuat ku keranaMU..Jatuh dan rebahku juga keranaMU..Pada MU ku sandarkan segala yang terjadi..Ku yakin pada ketentuanMU ya ALLAH..Hari yang Ku lalui saat ini agak sukar pada batinnya walaupun riak zahir wajah ini mampu menipu mata-mata yang melihat tatkala menyambut hari kelahiran ayah yang ke-53..Ku tak kuat ya ALLAH..

AturanMu atas setiap yang terjadi diakhir-akhir ini agak berat buatKu..Namun begitu, Ku sandarkan sebuah "harapan" pada MU kerana Ku yakin harapan itu nyata dan pasti jika aku benar-benar meyakini dan mengagahi diri ini dalam mengharugi setiap ujian dan cubaan yang telah Engkau takdirkan buat diriKu..Ku redha..

Memikirkan natijah dariMU adalah sebaik2 perbuatan yang mampu menguatkan jasad lemah ini ya ALLAH..Perkara yang dah berlalu mana mungkin mampu diubah kembali..Yang pasti, perkara yang akan datang harus difikirkan kembali semasak-masaknya agar diri ini tidak mengulangi kesilapan lalu..Mana mungkin hambaMU yang dhaif ini terlepas dari salah silap..

Walaupun sukar pada hati yang menanggung, itulah hakikatnya..Aku redha ya ALLAH.. Engkau Lebih Mengetahui setiap segala yang berlaku..Ku harapkan bekalan kekuatan dan hidayah petunjuk dariMU dalam menempuhi perjalanan yang masih panjang ini..





Samada ini pengakhiran atau permulaan kepada jalan yang baru, aku yang menentukannya..Engkau meletakkan diriKu disebuah persimpangan..Aku yang akan menentukannya.. insyaALLAH,kan Ku pilih jalan yang terbaik buat diriku dan juga sahabat-sahabatku..Dengan izinMU ya ALLAH..syukran~

Wednesday, April 21, 2010

Tiap Yang Bermula Pasti Ada Pengakhirannya..

Kelegaan akhirnya menyusul jua tatkala kaki kiri melangkah keluar dewan peperiksaan TIBE pada petang 20 April itu..Setelah bergelut memerah memori yang basah dengan akta-akta alam sekitar selama 3 jam diatas kertas perundangan,senyuman terukir lebar dek raut wajah masing-masing yang kini 'merdeka' daripada cengkaman final exam..Berakhirlah sudah satu perjalanan singkat yang telah kita sama-sama mulakan pada tanggal 12 April yang lalu..

Perjalanan singkat yang terlalu banyak perkara yang boleh disingkap didalamnya..Mungkin masih segar lagi dilubuk pemikiran kita mengenangkan peristiwa yang tak diundang yang menimpa salah seorang sahabat kita tatkala dipermulaan peperiksaan genap seminggu yang lalu..Dan bermacam lagi perkara lain yang berlaku boleh diperhalusi juga sebagai satu pengajaran buat kita dalam mengenal hakikat kehidupan dunia ini..Dalam erti kata mudahnya apa jua yang bermula,pasti menemui penghujungnya..

Saat kita bersuka ria tika ini juga takkan terus kekal selamanya bersama..Tiba masanya, ia kan berlalu jua silih berganti sebagai satu putaran roda tetap gambaran sebuah kehidupan..Kekadang kita diatas, janganlah lupa memandang seketika kebawah..Selalunya kita bergelak ketawa,namun jagalah juga dilupa untuk menyelami duka seketika..Semuanya akan kita lalui sepanjang hidup ini..Namun yang membezakan antara kita adalah masa dan ketikanya..Sentiasalah bersedia agar kita kuat menghadapi sebarang kemungkinan yang belum pasti kita kan teguh dan kuat menghadapainya..



(hidup didunia ini tak sama seperti kepingan biskut chipsmore..)


"Singkat waktu ini takkan kekal selamanya..Carilah apa yang penting dan berguna untuk kehidupan hari kemudian"

Syukran jazilan~

Saturday, April 17, 2010

Doa Bagi Menghindari Kemudaratan..

Sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat..Ringan-ringankanlah tangan kita menadah ampun dan magfirah daripadaNYA..Kuatnya kita adalah pada doa kerana ia adalah senjata bagi orang mu'min..Berdoalah sebanyak-banyaknya kerana ALLAH MAHA MENDENGAR segala rintihan hambaNYA dan berkuasa memakbulkan apa yang dihajati..

Sabda Rasulullah S.A.W,
(Maksudnya) Rasulullah S.A.W bersabda: Tidaklah seorang hamba berdoa di setiap pagi dan petang “Dengan Nama ALLAH, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan DIA maha mendengar lagi maha mengetahui”, baca tiga kali, maka tidak akan ada yang memudaratkannya. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut:





Moga dengan pengamalan doa ini sedikit sebanyak mampu memberikan kekuatan pada kita dalam menempuhi hari-hari mendatang kerana jalan kehidupan didunia ini takkan pernah sunyi dari ujian, dugaan dan cabaran yang mungkin kadang-kadang tidak pernah terlintas difikiran kita..Mudah-mudahan ada manfaat buat kita bersama..Wallahua'lam