Welcome to my blog :)

rss

Sunday, April 25, 2010

Antara Dua Persimpangan..

Tiada upayaku tanpa izinMU ya ALLAH..Kuat ku keranaMU..Jatuh dan rebahku juga keranaMU..Pada MU ku sandarkan segala yang terjadi..Ku yakin pada ketentuanMU ya ALLAH..Hari yang Ku lalui saat ini agak sukar pada batinnya walaupun riak zahir wajah ini mampu menipu mata-mata yang melihat tatkala menyambut hari kelahiran ayah yang ke-53..Ku tak kuat ya ALLAH..

AturanMu atas setiap yang terjadi diakhir-akhir ini agak berat buatKu..Namun begitu, Ku sandarkan sebuah "harapan" pada MU kerana Ku yakin harapan itu nyata dan pasti jika aku benar-benar meyakini dan mengagahi diri ini dalam mengharugi setiap ujian dan cubaan yang telah Engkau takdirkan buat diriKu..Ku redha..

Memikirkan natijah dariMU adalah sebaik2 perbuatan yang mampu menguatkan jasad lemah ini ya ALLAH..Perkara yang dah berlalu mana mungkin mampu diubah kembali..Yang pasti, perkara yang akan datang harus difikirkan kembali semasak-masaknya agar diri ini tidak mengulangi kesilapan lalu..Mana mungkin hambaMU yang dhaif ini terlepas dari salah silap..

Walaupun sukar pada hati yang menanggung, itulah hakikatnya..Aku redha ya ALLAH.. Engkau Lebih Mengetahui setiap segala yang berlaku..Ku harapkan bekalan kekuatan dan hidayah petunjuk dariMU dalam menempuhi perjalanan yang masih panjang ini..





Samada ini pengakhiran atau permulaan kepada jalan yang baru, aku yang menentukannya..Engkau meletakkan diriKu disebuah persimpangan..Aku yang akan menentukannya.. insyaALLAH,kan Ku pilih jalan yang terbaik buat diriku dan juga sahabat-sahabatku..Dengan izinMU ya ALLAH..syukran~

4 comments:

Anonymous said...

jika seseorang melakukan kebaikan,ukirlah diatas batu agar ia terus kekal di hati..andai kesalahan pula dilakukannya,ukirkanlah ia diatas pepasir disisir pantai agar ia bisa ditiup angin kemaafan

Anonymous said...

~semoga sentiasa diberi petunjuk dariNYA dan kekal diJALANNYA~iman dan islam~

fatih said...

salam alayk..

hujan ribut nie takkan lama...hari yang cerah pun takkan selamanya cerah malam bakal menyinsing tiba...kemudian datang angin kencang dalam gelap malam yang pekat beserta dengan guruh dan kilat...seramnya!!!!..terasa diri tak mampu nak hadapinya...tapi tak lama selepas tu..fajar datang sedikit demi sedikit menyinar...memberi sumber cahaya...

ohh...baru sedar...rupanya yang berlaku semalam adalah permulaan untuk hari yang cerah hari ini..
^_^

subhanallah...sunnatullah alam da bagi gambaran tentang kehidupan yang sebenar...

teroka dan teroka dan terus teroka...

jangan pernah putus asa ye...(^^,)
chaiyokk!!!!

JZKK =)

nama yang baik said...

tompang lalu...

selamat berlatihan industri {@@,}

Post a Comment