Welcome to my blog :)

rss

Friday, April 9, 2010

Nilai Seratus Yang Tak Mampu Dibayar Semula..

Seminggu lalu yang penuh suka duka kini lenyap dari pandangan..Yang tinggal hanyalah cebisan kenangan yang makin samar diingatan,namun masih segar pada kepingan foto berjudul 'kembara taman negara pahang 2010' yang selalu ditatap kaki-kaki 'Facebook'..Begitu pantas masa berlalu..Hari ini,genap seminggu ia berlalu..

Keputusan yang dibuat lewat malam jumaat lalu itu bukanlah suatu yang dirancang..Apatah lagi hendak dituruti..Waktu dan wang merungsingkan akal yang berfikir sendirian tika itu..Namun kerana memikirkan sahabat, ku ketepikan segala sebab buat seketika..Niat yang awalnya berat untuk diikhlaskan,kugagahi jua..Untuk berkorban buat orang lain bukan sesuatu yang mudah..Moga ada hikmah buat kita bersama untuk kali terakhir dipenggal ini..

Harga ukhuwah bukanlah mudah untuk dinilai..Kekuatan antara kita yang menentukannya..Tujuan yang samar dan kelam dipermulaan perjalanan itu menjadi semakin jelas tatkala meniti pertengahan pengembaraan selama tiga hari diceruk hutan simpan itu..Kita yang merancang, namun ketetapan ALLAH yang mengatasi segalanya..Alhamdulillah, paling tidak pun, ada hikmah yang mampu kurasai sendirian, walaupun nilaian pada mata orang lain hanyalah biasa-biasa sahaja..Sangat indah aturan MU, Ya ALLAH..Syukur ku panjatkan padaMU..

Mungkin diri ini tidak mampu mengungkap segala yang terbuku,tersurat mahupun tersirat sepanjang kebersamaan kita tika itu..Namun cukuplah sekadar ungkapan terima kasih yang tak terhingga dariKu atas segala pertolongan,bantuan,nasihat dan juga penghargaan dari kalian buat diri ini..Ku hargai semua itu kerana nilai 2 keping not RM50 yang ku hulurkan kepada Padil sebagai bayaran program kali ini mustahil untuk kutemui diluar dari waktu itu..Mungkin tempat itu masih mampu ku jejaki dilain waktu, namun insan-insan yang berada bersama tika itu tak mungkin mampu untuk ku bawa bersama sekali lagi..Semuanya buat kali terakhir..

Buat abang zul, nasihatmu sangat mendalam maknanya bagiku..Usiamu yang sarat dengan pengalaman banyak mengajarku erti sebuah kehidupan tika ungkapan mulutmu berbicara 'soal hati dan perasaan' denganKu sebelum lelap mata pada malam terakhir kita disitu..Akan ku usahakan apa yang termampu kerana dirimu ku lihat sesuai ku jadikan panduan kearah itu..Terima kasih juga buat abang man yang turut menurunkan ilmu padaku..Buat abang driver bas yang sangat baik padaku sepanjang kita berkongsi bilik disana,ku kutip segala nasihatmu yang termampu kerana ku tahu dirimu lebih dahulu merasa garam daripadaku..Terharu dan berterima kasih juga kerana mengenali namaku walaupun sepanjang kita berbicara,mulut ini tidak pernah sekalipun membahasakan diri sebagai fattah..Ku hargai semua nasihat, tunjuk ajar dan pengalaman yang kita kongsikan bersama dibilik no.7 itu..(maaf pakcik driver,saya dah terlupa nama pakcik..)

Buat sahabat-sabahabat yang tidak putus memberikan sokongan,rangsangan kata-kata semangat, setiap telatah dan ungkapan yang keluar dari mulut kalian akan ku ingat hingga penghujung hayat ini..Buat hadziri dan firdaus, kalian berdua antara yang sangat memahamiku..Walaupun dalam nada gurau senda,namun sedikit sebanyak telatah kalian mampu merungkai kegelisahan dihati ini tika itu.. 'Post moterm" mantap yang dibuat kalian untukku setelah selesai setiap aktiviti yang kita sama-sama lalui sangat membantu..Hangpa memang terbaikla noh!! Buat fidaie, doamu tika selesai solat jama' takdim diwaktu zohor itu masih lagi terngiang-ngiang ditelingaku..Dibaca dengan nada yang kuat serta diamin semua yang berada bersama-sama dibilikku itu,ku harap doa itu dimakbulkan ALLAH..Tersentuh hati ini atas segala kebaikan kalian waktu itu..



(diawal pengembaraan..segalanya bermula disini..)


(tenang seketika kekusutan fikiran tika menyusuri sg.tahan)


(pelbagai ragam tika hati gembira seketika..)


(meredah hutan belantara bagi menimba pengalaman..)


(sekeping hati kutinggalkan buat kenangan masa depan..)


(yang bermula akan berakhir..terima kasih buat semua..)


Buat abang-abang senior, terima kasih atas tunjuk ajar..Terima kasih juga kerana menyakat diri ini dalam beberapa situasi sepanjang kebersamaan kita meredah hutan simpan itu lebih-lebih lagi semasa hari yang kedua itu..Hanya senyuman mampu terukir dek malu diperlakukan sebegitu terutama tika menunggu giliran menaiki 'canopy walk' dipertengahan hutan itu..Semuanya ku hargai kerana ku tahu saat itu takkan mampu dicipta lagi buat kali yang kedua..

Buat sekalian sahabat,terima kasih atas segalanya..Akan ku simpan segala memori kita bersama umpama teguhnya pokok-pokok yang masih kekal berdiri ditengah hutan simpan yang telah kita sama-sama terokai itu walaupun telah uzur dimamah zaman..
Terima kasih buat sahabat~

0 comments:

Post a Comment