Welcome to my blog :)

rss
Showing posts with label Senjata Orang Mu'min. Show all posts
Showing posts with label Senjata Orang Mu'min. Show all posts

Monday, April 26, 2010

Doa Supaya Terhindar Dari Melakukan Kemaksiatan..

Dalam kehidupan seharian,mana mungkin kita mampu lari dari melakukan kesilapan..Sama ada sengaja mahupun tidak, memang takkan lari jasad kita dari melakukan perkara tersebut..Namun, kita diajar untuk bertaubat dalam kehidupan seharian, agar kita mampu mendapatkan magfirah darinya sebelum terlambat kerana malaikat maut tidak putus-putus menjenguk dan melawat kita sebanyak 70 kali sehari..Mungkin saat ini malaikat Izrail bertamu tanpa "tugasan" terhadap kita, namun siapa tahu mungkin kedatangan ia selepas ini menjemput kita mengadap Tuhan Yang Esa buat selamanya..

Maksiat dan dosa samada disedari atau tidak,banyak datang dari diri sendiri dan juga orang sekeliling kita dalam pelbagai cara..Apa yang penting, kita ubahlah semampu mungkin penyebab yang boleh mendatangkan kemurkaan kepada Yang Maha Esa ini..Tidak salah untuk kita berubah kearah kebaikan walaupun terpaksa meninggalkan perkara atau segala keinginan yang sangat kita sukai..InsyaALLAH, ada ganjaran yang lebih baik buat kita atas asbab kita meninggalkan perkara tersebut..





Sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat sepotong ayat dari surah al-mu'min yang boleh kita sama-sama amalkan supaya dapat dijaga diri kita dan dihindarkan dari perkara kemaksiatan..Pohon dan mintalah dengan sepenuh harapan kerana harapan yang kita sandarkan padaNYA adalah sesuatu yang pasti buat kita dengan bersyaratkan kita mengikut segala syariat yang telah ditentukanNYA dan pada masa yang sama kita berusahala kearah jalan kebaikan..InsyaALLAH akan ada jalan lebih baik terbuka buat kita..Moga dapat kita sama-sama amalkan dan diharap ada manfaat buat kita bersama..
Syukran jazilan~

Saturday, April 17, 2010

Doa Bagi Menghindari Kemudaratan..

Sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat..Ringan-ringankanlah tangan kita menadah ampun dan magfirah daripadaNYA..Kuatnya kita adalah pada doa kerana ia adalah senjata bagi orang mu'min..Berdoalah sebanyak-banyaknya kerana ALLAH MAHA MENDENGAR segala rintihan hambaNYA dan berkuasa memakbulkan apa yang dihajati..

Sabda Rasulullah S.A.W,
(Maksudnya) Rasulullah S.A.W bersabda: Tidaklah seorang hamba berdoa di setiap pagi dan petang “Dengan Nama ALLAH, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan DIA maha mendengar lagi maha mengetahui”, baca tiga kali, maka tidak akan ada yang memudaratkannya. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut:





Moga dengan pengamalan doa ini sedikit sebanyak mampu memberikan kekuatan pada kita dalam menempuhi hari-hari mendatang kerana jalan kehidupan didunia ini takkan pernah sunyi dari ujian, dugaan dan cabaran yang mungkin kadang-kadang tidak pernah terlintas difikiran kita..Mudah-mudahan ada manfaat buat kita bersama..Wallahua'lam