Welcome to my blog :)

rss

Saturday, September 11, 2010

Layakkah Meraikannya??

Gema takbir sejurus azan maghrib berkumandang dihening senja 30 ramadhan 1431H menandakan berlalunya sudah sebuah bulan penuh keberkatan,meninggalkan semua tetamu NYA ditahun ini tanpa ada jaminan bertemu kembali pada tahun hadapan..Genap sudah tempoh sebulan ditarbiyah jasad kita dengan makanan ruhani yang akan menjadi bekalan buat tempoh 11 bulan yang akan datang..

Disebalik kegembiraan menantikan gema takbir dipagi syawal, terdetik dihati ini betapa daif dan hinanya diri ini bila mengenangkan kembali tempoh sebulan yang telah dilalui..Banyak persoalan yang jawapannya akan kembali berpusar-pusar kearah kejahilan diri sendiri dalam menguruskan ibadah dan kehidupan tiap hari yang dilalui sepanjang ramadhan yang lalu..

Terasa terlalu jahil dan lemah diri ini bila mengenang dan menghisab semula amalan-amalan yang telah dibuat..Terdetik jua dihati adakah ada keampunan dosa-dosa lalu setelah berlalunya ramadhan ini bila memikirkan semula setiap detik yang dibiarkan sepanjang tempoh ramadhan bertamu sebelum ini..

Walaupun tanpa 'makhluk ciptaan MU' yang akan selamanya menyesatkan manusia dibulan mulia itu, diri ini sebenarya jauh tersasar dan GAGAL!! Gagal memandu nafsu yang ada didalam jasad ini selari dengan syariat petunjukMU..Gagal meletakkan akal lebih tinggi daripada nafsu tika diuji..Dalam 'bersendirian' pun akal ini gagal mengawal nafsu, apatah lagi selepas berakhirnya bulan mulia MU ini..





Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaMU..Moga ada pengajaran yang mampu ku kutip natijahnya dek ujian yang pernah Engkau anugerahkan kepada ku..Moga masih ada keampunan buat diri ini ya ALLAH..Moga dihari kemenangan ini ku harap mampu hayatinya lebih mendalam dan bukanlah hanya sekadar berhari raya walaupun diri ini sebenarnya TIDAK layak meraikan hari kemenangan kurniaan MU ini..Moga Ramadhan yang akan datang masih ada lagi buat kita..Salam Aidilfitri buat semua..Diri ini memOhon ribuan kemaafan atas kesalahan & khilaf sepanjang keberadaan kita bersama..Moga ukhuwah terjalin kekal selamanya..