Welcome to my blog :)

rss

Monday, April 26, 2010

Doa Supaya Terhindar Dari Melakukan Kemaksiatan..

Dalam kehidupan seharian,mana mungkin kita mampu lari dari melakukan kesilapan..Sama ada sengaja mahupun tidak, memang takkan lari jasad kita dari melakukan perkara tersebut..Namun, kita diajar untuk bertaubat dalam kehidupan seharian, agar kita mampu mendapatkan magfirah darinya sebelum terlambat kerana malaikat maut tidak putus-putus menjenguk dan melawat kita sebanyak 70 kali sehari..Mungkin saat ini malaikat Izrail bertamu tanpa "tugasan" terhadap kita, namun siapa tahu mungkin kedatangan ia selepas ini menjemput kita mengadap Tuhan Yang Esa buat selamanya..

Maksiat dan dosa samada disedari atau tidak,banyak datang dari diri sendiri dan juga orang sekeliling kita dalam pelbagai cara..Apa yang penting, kita ubahlah semampu mungkin penyebab yang boleh mendatangkan kemurkaan kepada Yang Maha Esa ini..Tidak salah untuk kita berubah kearah kebaikan walaupun terpaksa meninggalkan perkara atau segala keinginan yang sangat kita sukai..InsyaALLAH, ada ganjaran yang lebih baik buat kita atas asbab kita meninggalkan perkara tersebut..





Sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat sepotong ayat dari surah al-mu'min yang boleh kita sama-sama amalkan supaya dapat dijaga diri kita dan dihindarkan dari perkara kemaksiatan..Pohon dan mintalah dengan sepenuh harapan kerana harapan yang kita sandarkan padaNYA adalah sesuatu yang pasti buat kita dengan bersyaratkan kita mengikut segala syariat yang telah ditentukanNYA dan pada masa yang sama kita berusahala kearah jalan kebaikan..InsyaALLAH akan ada jalan lebih baik terbuka buat kita..Moga dapat kita sama-sama amalkan dan diharap ada manfaat buat kita bersama..
Syukran jazilan~

Sunday, April 25, 2010

Antara Dua Persimpangan..

Tiada upayaku tanpa izinMU ya ALLAH..Kuat ku keranaMU..Jatuh dan rebahku juga keranaMU..Pada MU ku sandarkan segala yang terjadi..Ku yakin pada ketentuanMU ya ALLAH..Hari yang Ku lalui saat ini agak sukar pada batinnya walaupun riak zahir wajah ini mampu menipu mata-mata yang melihat tatkala menyambut hari kelahiran ayah yang ke-53..Ku tak kuat ya ALLAH..

AturanMu atas setiap yang terjadi diakhir-akhir ini agak berat buatKu..Namun begitu, Ku sandarkan sebuah "harapan" pada MU kerana Ku yakin harapan itu nyata dan pasti jika aku benar-benar meyakini dan mengagahi diri ini dalam mengharugi setiap ujian dan cubaan yang telah Engkau takdirkan buat diriKu..Ku redha..

Memikirkan natijah dariMU adalah sebaik2 perbuatan yang mampu menguatkan jasad lemah ini ya ALLAH..Perkara yang dah berlalu mana mungkin mampu diubah kembali..Yang pasti, perkara yang akan datang harus difikirkan kembali semasak-masaknya agar diri ini tidak mengulangi kesilapan lalu..Mana mungkin hambaMU yang dhaif ini terlepas dari salah silap..

Walaupun sukar pada hati yang menanggung, itulah hakikatnya..Aku redha ya ALLAH.. Engkau Lebih Mengetahui setiap segala yang berlaku..Ku harapkan bekalan kekuatan dan hidayah petunjuk dariMU dalam menempuhi perjalanan yang masih panjang ini..





Samada ini pengakhiran atau permulaan kepada jalan yang baru, aku yang menentukannya..Engkau meletakkan diriKu disebuah persimpangan..Aku yang akan menentukannya.. insyaALLAH,kan Ku pilih jalan yang terbaik buat diriku dan juga sahabat-sahabatku..Dengan izinMU ya ALLAH..syukran~

Wednesday, April 21, 2010

Tiap Yang Bermula Pasti Ada Pengakhirannya..

Kelegaan akhirnya menyusul jua tatkala kaki kiri melangkah keluar dewan peperiksaan TIBE pada petang 20 April itu..Setelah bergelut memerah memori yang basah dengan akta-akta alam sekitar selama 3 jam diatas kertas perundangan,senyuman terukir lebar dek raut wajah masing-masing yang kini 'merdeka' daripada cengkaman final exam..Berakhirlah sudah satu perjalanan singkat yang telah kita sama-sama mulakan pada tanggal 12 April yang lalu..

Perjalanan singkat yang terlalu banyak perkara yang boleh disingkap didalamnya..Mungkin masih segar lagi dilubuk pemikiran kita mengenangkan peristiwa yang tak diundang yang menimpa salah seorang sahabat kita tatkala dipermulaan peperiksaan genap seminggu yang lalu..Dan bermacam lagi perkara lain yang berlaku boleh diperhalusi juga sebagai satu pengajaran buat kita dalam mengenal hakikat kehidupan dunia ini..Dalam erti kata mudahnya apa jua yang bermula,pasti menemui penghujungnya..

Saat kita bersuka ria tika ini juga takkan terus kekal selamanya bersama..Tiba masanya, ia kan berlalu jua silih berganti sebagai satu putaran roda tetap gambaran sebuah kehidupan..Kekadang kita diatas, janganlah lupa memandang seketika kebawah..Selalunya kita bergelak ketawa,namun jagalah juga dilupa untuk menyelami duka seketika..Semuanya akan kita lalui sepanjang hidup ini..Namun yang membezakan antara kita adalah masa dan ketikanya..Sentiasalah bersedia agar kita kuat menghadapi sebarang kemungkinan yang belum pasti kita kan teguh dan kuat menghadapainya..



(hidup didunia ini tak sama seperti kepingan biskut chipsmore..)


"Singkat waktu ini takkan kekal selamanya..Carilah apa yang penting dan berguna untuk kehidupan hari kemudian"

Syukran jazilan~

Saturday, April 17, 2010

Doa Bagi Menghindari Kemudaratan..

Sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat..Ringan-ringankanlah tangan kita menadah ampun dan magfirah daripadaNYA..Kuatnya kita adalah pada doa kerana ia adalah senjata bagi orang mu'min..Berdoalah sebanyak-banyaknya kerana ALLAH MAHA MENDENGAR segala rintihan hambaNYA dan berkuasa memakbulkan apa yang dihajati..

Sabda Rasulullah S.A.W,
(Maksudnya) Rasulullah S.A.W bersabda: Tidaklah seorang hamba berdoa di setiap pagi dan petang “Dengan Nama ALLAH, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan DIA maha mendengar lagi maha mengetahui”, baca tiga kali, maka tidak akan ada yang memudaratkannya. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut:





Moga dengan pengamalan doa ini sedikit sebanyak mampu memberikan kekuatan pada kita dalam menempuhi hari-hari mendatang kerana jalan kehidupan didunia ini takkan pernah sunyi dari ujian, dugaan dan cabaran yang mungkin kadang-kadang tidak pernah terlintas difikiran kita..Mudah-mudahan ada manfaat buat kita bersama..Wallahua'lam

Wednesday, April 14, 2010

Untaian Doa Buat Sahabat..

Siapa kita untuk menduga?? Siapa kita untuk menentukan segalanya?? Kerdilnya kurasakan diri ini ya ALLAH..Hanya Engkau Yang Maha Berkuasa,mengatur segala takdir yang bakal ditempuhi setiap hambaMU didunia fana ini...Dari MU kami datang dan padaMU jua tempat kami dikembalikan semula..Waktu Isya' tanggal 29 Rabiul Akhir 1431H (setelah gelincir mentari),suasana sepi menyelubungi fikiran diri ini,lebih-lebih lagi sahabat-sahabat dikalangan hawa yang selalu berada bersama Nurhanisah..Terpisahlah seorang ibu meninggalkan seorang anak solehah untuk selamanya..Innalillahi wainnailaihi raji'un..


Berat hati ini menerima perkhabaran hiba dilaman 'Facebook', namun berat lagi dugaan yang sedang dilalui seorang anak muda meniti perpisahan akhir ini..Arwah 'mama' yang selama ini menjadi tempat kebergantungan curahan kasih sayang anak-anak kini telah kembali menghadap Ilahi..ALLAH lebih menyanyangi arwah..Fitrah kehidupan..Kematian itu pasti, yang menentukannya adalah masa,tempat dan ketikanya sahaja..Sebagai seorang Islam yang beriman, kepercayaan kita terhadap qada' dan qadar ALLAH menjadi satu kewajipan..Redha adalah sebaik-baik penerimaan kita sebagai hambaNYA yang yakin akan ketentuan aturanNYA..


Buat Nurhanisah, kuatkanlah hatimu dalam menempuhi ujian ini..Memang mudah untuk dilontarkan kata-kata ini,namun hakikatnya dirimu sendiri sahaja yang tahu akan berat bebanan yang ditanggung tika ini..Jika diri ini berada ditempatmu, barangkali jasad ini takkan gagah lagi berdiri menerima dugaan yang datang tanpa diundang ini..Lebih-lebih lagi tika melalui minggu peperiksaan ini,pasti emosi ini takkan mudah menerimanya..Namun Nurhanisah yang ku kenali sepanjang perkenalan ini sebenarnya seorang yang cekal,tabah dan tak mudah mengalah menerima ujian.. Tabahkan hatimu duhai teman,sahabat-sahabatmu disini sentiasa ada untuk membantu jika saat genting ini bertamu kamu keseorangan..Yakinlah dengan ketetapan Ilahi.. Pasti segalanya ada hikmah yang tersembunyi..





Buat teman,hanya untaian doa dan surah al-fatihah mampu kami hadiahkan buat arwah..Moga ALLAH mencucuri rahmat dan menempatkan arwah dikalangan hamba-hambaNYA yang beriman, solehah dan yang bertaqwa..insyaALLAH.. Be strong anis!! Don’t despair and never loose hope,because Allah is always by your side..insyaALLAH!!

~salam takziah buat Nurhanisah dan keluarga..Al-fatihah..

Friday, April 9, 2010

Nilai Seratus Yang Tak Mampu Dibayar Semula..

Seminggu lalu yang penuh suka duka kini lenyap dari pandangan..Yang tinggal hanyalah cebisan kenangan yang makin samar diingatan,namun masih segar pada kepingan foto berjudul 'kembara taman negara pahang 2010' yang selalu ditatap kaki-kaki 'Facebook'..Begitu pantas masa berlalu..Hari ini,genap seminggu ia berlalu..

Keputusan yang dibuat lewat malam jumaat lalu itu bukanlah suatu yang dirancang..Apatah lagi hendak dituruti..Waktu dan wang merungsingkan akal yang berfikir sendirian tika itu..Namun kerana memikirkan sahabat, ku ketepikan segala sebab buat seketika..Niat yang awalnya berat untuk diikhlaskan,kugagahi jua..Untuk berkorban buat orang lain bukan sesuatu yang mudah..Moga ada hikmah buat kita bersama untuk kali terakhir dipenggal ini..

Harga ukhuwah bukanlah mudah untuk dinilai..Kekuatan antara kita yang menentukannya..Tujuan yang samar dan kelam dipermulaan perjalanan itu menjadi semakin jelas tatkala meniti pertengahan pengembaraan selama tiga hari diceruk hutan simpan itu..Kita yang merancang, namun ketetapan ALLAH yang mengatasi segalanya..Alhamdulillah, paling tidak pun, ada hikmah yang mampu kurasai sendirian, walaupun nilaian pada mata orang lain hanyalah biasa-biasa sahaja..Sangat indah aturan MU, Ya ALLAH..Syukur ku panjatkan padaMU..

Mungkin diri ini tidak mampu mengungkap segala yang terbuku,tersurat mahupun tersirat sepanjang kebersamaan kita tika itu..Namun cukuplah sekadar ungkapan terima kasih yang tak terhingga dariKu atas segala pertolongan,bantuan,nasihat dan juga penghargaan dari kalian buat diri ini..Ku hargai semua itu kerana nilai 2 keping not RM50 yang ku hulurkan kepada Padil sebagai bayaran program kali ini mustahil untuk kutemui diluar dari waktu itu..Mungkin tempat itu masih mampu ku jejaki dilain waktu, namun insan-insan yang berada bersama tika itu tak mungkin mampu untuk ku bawa bersama sekali lagi..Semuanya buat kali terakhir..

Buat abang zul, nasihatmu sangat mendalam maknanya bagiku..Usiamu yang sarat dengan pengalaman banyak mengajarku erti sebuah kehidupan tika ungkapan mulutmu berbicara 'soal hati dan perasaan' denganKu sebelum lelap mata pada malam terakhir kita disitu..Akan ku usahakan apa yang termampu kerana dirimu ku lihat sesuai ku jadikan panduan kearah itu..Terima kasih juga buat abang man yang turut menurunkan ilmu padaku..Buat abang driver bas yang sangat baik padaku sepanjang kita berkongsi bilik disana,ku kutip segala nasihatmu yang termampu kerana ku tahu dirimu lebih dahulu merasa garam daripadaku..Terharu dan berterima kasih juga kerana mengenali namaku walaupun sepanjang kita berbicara,mulut ini tidak pernah sekalipun membahasakan diri sebagai fattah..Ku hargai semua nasihat, tunjuk ajar dan pengalaman yang kita kongsikan bersama dibilik no.7 itu..(maaf pakcik driver,saya dah terlupa nama pakcik..)

Buat sahabat-sabahabat yang tidak putus memberikan sokongan,rangsangan kata-kata semangat, setiap telatah dan ungkapan yang keluar dari mulut kalian akan ku ingat hingga penghujung hayat ini..Buat hadziri dan firdaus, kalian berdua antara yang sangat memahamiku..Walaupun dalam nada gurau senda,namun sedikit sebanyak telatah kalian mampu merungkai kegelisahan dihati ini tika itu.. 'Post moterm" mantap yang dibuat kalian untukku setelah selesai setiap aktiviti yang kita sama-sama lalui sangat membantu..Hangpa memang terbaikla noh!! Buat fidaie, doamu tika selesai solat jama' takdim diwaktu zohor itu masih lagi terngiang-ngiang ditelingaku..Dibaca dengan nada yang kuat serta diamin semua yang berada bersama-sama dibilikku itu,ku harap doa itu dimakbulkan ALLAH..Tersentuh hati ini atas segala kebaikan kalian waktu itu..



(diawal pengembaraan..segalanya bermula disini..)


(tenang seketika kekusutan fikiran tika menyusuri sg.tahan)


(pelbagai ragam tika hati gembira seketika..)


(meredah hutan belantara bagi menimba pengalaman..)


(sekeping hati kutinggalkan buat kenangan masa depan..)


(yang bermula akan berakhir..terima kasih buat semua..)


Buat abang-abang senior, terima kasih atas tunjuk ajar..Terima kasih juga kerana menyakat diri ini dalam beberapa situasi sepanjang kebersamaan kita meredah hutan simpan itu lebih-lebih lagi semasa hari yang kedua itu..Hanya senyuman mampu terukir dek malu diperlakukan sebegitu terutama tika menunggu giliran menaiki 'canopy walk' dipertengahan hutan itu..Semuanya ku hargai kerana ku tahu saat itu takkan mampu dicipta lagi buat kali yang kedua..

Buat sekalian sahabat,terima kasih atas segalanya..Akan ku simpan segala memori kita bersama umpama teguhnya pokok-pokok yang masih kekal berdiri ditengah hutan simpan yang telah kita sama-sama terokai itu walaupun telah uzur dimamah zaman..
Terima kasih buat sahabat~